Skip links

Sesi Libat Urus Bajet 2025 Bersama YB Timbalan Menteri Kewangan

Sesi Libat Urus Bajet 2025 Bersama YB Timbalan Menteri Kewangan

Pihak OT Malaysia telah terlibat dalam sesi libat urus Bajet 2025 bersama YB Timbalan Menteri Kewangan, YB Lim Hui Ying pada 3 Oktober 2024.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu di atas penganjuran sesi libat urus ini.

Dalam sesi ini, OT Malaysia telah membawa dua usul penting yang disuarakan oleh ahli OT Malaysia:

1. Pengecualian SST bagi perkhidmatan sains kesihatan bersekutu swasta.

2. Pengecualian cukai bagi pembelajaran berterusan.

Pihak Kementerian Kewangan menyambut baik usul-usul tersebut dan akan mempertimbangkannya untuk perangkaan Bajet 2025.

Kami berharap usaha ini akan terus mendapat sokongan dan perhatian, serta menggalakkan ahli OT Malaysia untuk terus menyuarakan pandangan mereka di masa hadapan. Mari kita bersama-sama berperanan aktif dalam memajukan profession kita dan memastikan kesejahteraan semua pihak.

https://www.facebook.com/share/p/2jVgjGsjjjsasimh/?mibextid=WC7FNe

Leave a comment