Skip links

Perginya Seorang Permata

Persatuan OT Malaysia berdukacita di atas pemergian seorang permata dalam profesion ini.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr. Muhammad Hibatullah bin Romli atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap persatuan dan perkembangan profesion Terapi Cara Kerja di Malaysia sangat lah besar.
Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa beliau, meluaskan kuburnya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

Leave a comment