FAQ From Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia
SOALAN – SOALAN LAZIM (FAQ) UMUM
(This is a modified FAQ layout and format by OT Malaysia for easier reading)
- Saya ingin mendapatkan salinan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) dan Peraturan-Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu (Fi) 2020. Apakah pautan bagi saya mendapatkan salinan dokumen tersebut ? Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) dan Peraturan-Peraturan Profesion Kesihatan Bersekutu (Fi) 2020 boleh diakses melalui laman sesawang www.moh.gov.my atau www.agc.gov.my
- Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh peralihan pendaftaran pengamal yang diperuntukan di bawah Akta 774? Berapa lamakah tempoh peralihan ini? Peruntukan Peralihan adalah tempoh masa yang diberikan untuk mengurus permohonan pendaftaran Pengamal dalam tempoh 12 bulan selepas akta dikuatkuasakan atau satu tempoh lain yang ditentukan oleh Majlis [ss.46(1)].
- Saya mendapat maklumat bahawa Akta 774 telah dikuatkuasakan. Adakah saya boleh memohon pendaftaran pengamal sekarang? Akta 774 telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2020. Pendaftaran pengamal profesion kesihatan bersekutu tidak akan diproses buat masa ini sehingga satu tarikh yang akan ditentukan oleh Majlis melalui media.
- “Akta 774 telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2020, tetapi pendaftaran pengamal masih belum dimulakan”. Adakah saya dikategorikan sebagai mengamal tanpa pendaftaran dan mempunyai perakuan amalan sah? Mana-mana orang yang sedang mengamal Profesion Kesihatan Bersekutu boleh terus mengamal sehingga Majlis menentukan satu tarikh berakhirnya fasa peralihan.
- Saya sedang mengamal profesion dalam kesihatan bersekutu yang tidak disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta 774, adakah profesion saya boleh memohon untuk dimasukkan ke dalam Jadual 2? Profesion dalam kesihatan bersekutu berkenaan boleh mengemukakan permohonan kepada Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) untuk dipertimbangkan. Majlis seterusnya akan membuat syor kepada Menteri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah s.10 Akta 774.
Dr Masne (UKM) adalah wakil tunggal profesion Pemulihan Cara Kerja (OT) dalam Majlis
PENDAFTARAN PENGAMAL
- Saya adalah profesion dalam kesihatan bersekutu, tetapi profesion saya tidak tersenarai di bawah Jadual Kedua. Adakah saya boleh mendaftar? Profesion dalam kesihatan bersekutu yang tidak tersenarai di bawah Jadual Kedua, Akta 774 tidak memerlukan pendaftaran untuk mengamal di Malaysia. – Hanya Profesion Kesihatan Bersekutu yang tersenarai di bawah Jadual Kedua, Akta 774 WAJIB berdaftar untuk mengamal di Malaysia.
- Saya daripada Profesion Kesihatan Bersekutu yang ingin mengamal tanpa mendaftar, adakah dibenarkan? Seorang pengamal tidak boleh mengamal tanpa berdaftar dengan Akta dan perlu memiliki sijil amalan semasa yang sah serta tidak tamat tempoh.
- Saya adalah pengamal berdaftar, adakah menjadi satu kesalahan jika saya mengamal tetapi tidak memohon sijil amalan? Seseorang yang mengamal tanpa perakuan amalan termasuk pengamal berdaftar boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya [subseksyen 22 (7)].
- Saya adalah pengamal berdaftar, adakah menjadi satu kesalahan jika saya tidak mengamal dan tidak memohon sijil amalan?
Seseorang pengamal berdaftar yang tidak mengamal dan tidak memiliki sijil amalan tidak akan disabitkan sebagai melakukan kesalahan di bawah subseksyen 22 (7), walau bagaimanapun jika pengamal berhasrat untuk mengamal semula subseksyen 23(3) dan 18(1)(c) terpakai.* 18. (1) Pendaftar hendaklah memotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain pengamal berdaftar—(c) yang tidak memohon kepada Pendaftar bagi pembaharuan perakuan amalan bagi tempoh enam tahun berturut-turut;* ss.23(3) Jika seorang pengamal berdaftar yang perakuan amalannya telah luput bagi tempoh empat tahun atau lebih memohon untuk membaharui perakuan amalannya, dia hendaklah menjalani suatu penilaian kompetensi yang ditentukan oleh Majlis.
-
Saya berhasrat untuk mendaftar sebagai pengamal berdaftar di bawah Akta 774. Apakah jenis bayaran yang akan dikenakan ke atas permohonan saya? Seseorang yang memohon untuk menjadi pengamal berdaftar perlu membayar seperti beikut : Permohonan pendaftaran RM 50 – Permohonan Perakuan Pendaftaran RM100 – Permohonan perakuan amalan RM 50 – Permohonan bagi Perakuan Amalan selepas tamat tempoh perakuan RM 200.
-
Saya ingin mendaftar sebagai pengamal di bawah Akta 774. Adakah bayaran permohonan pendaftaran akan dikembalikan sekiranya permohonan saya tidak diluluskan? (i) Bayaran sejumlah RM 50.00 untuk permohonan pendaftaran tidak akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan. (ii) Bayaran sejumlah RM 100.00 untuk perakuan pendaftaran akan dikenakan bagi permohonan yang diluluskan sahaja.
-
Apakah perbezaan antara perakuan pendaftaran sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan pendaftaran sijil perakuan amalan? (i) Perakuan pendaftaran adalah sijil pendaftaran yang dikeluarkan kepada seseorang sebagai pengamal berdaftar berdasarkan kelayakan yang diiktiraf oleh Majlis. (ii) Perakuan amalan adalah sijil amalan yang dikeluarkan kepada seseorang pengamal berdaftar untuk mengamal yang mengandungi tempoh dan tempat amalan yang sah.
PERAKUAN AMALAN
- Saya telah berdaftar dan mempunyai sijil amalan yang sah. Adakah saya boleh bekerja dengan syarikat/makmal/pusat/klinik yang dimiliki oleh bukan pengamal dalam bidang kesihatan bersekutu? Seorang pengamal kesihatan bersekutu perlu memastikan telah berdaftar dan mempunyai sijil perakuan amalan yang sah sebelum mengamal dengan mana-mana syarikat/makmal/pusat/klinik.
- Saya telah berdaftar dan mempunyai sijil amalan yang sah. Adakah saya boleh bekerja dengan syarikat/makmal/pusat/klinik yang dimiliki oleh bukan pengamal dalam bidang kesihatan bersekutu? Seorang pengamal kesihatan bersekutu perlu memastikan telah berdaftar dan mempunyai sijil perakuan amalan yang sah sebelum mengamal dengan mana-mana syarikat/makmal/pusat/klinik.
- Saya telah mendaftar sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan mempunyai sijil amalan yang sah, dan berkhidmat di Syarikat A. Adakah saya perlu membuat permohonan pertukaran tempat amalan sekiranya saya meletak jawatan di Syarikat A dan berhasrat untuk berkhidmat di Syarikat B? Seorang pengamal berdaftar perlu membuat notifikasi kepada Pendaftar, Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia bagi memohon pertukaran tempat amalan utama dan mendapatkan sijil perakuan amalan yang menyatakan tempat amalan utama baharu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu. [ss.22(4)]
- Saya telah mendaftar sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan mempunyai sijil amalan yang sah. Adakah saya dibenarkan untuk mempunyai lebih daripada satu majikan/tempat bertugas? Seorang pengamal berdaftar boleh mendaftarkan lebih dari satu majikan atau tempat bertugas di dalam sijil perakuan amalan dengan menyatakan alamat tempat amalan utama dan semua tempat amalan lain pengamal berdaftar. [ss.22(4)]
- Saya telah mendaftar sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan mempunyai sijil amalan yang sah. Adakah saya dibenarkan untuk mempunyai lebih daripada satu majikan/tempat bertugas? Seorang pengamal berdaftar boleh mendaftarkan lebih dari satu majikan atau tempat bertugas di dalam sijil perakuan amalan dengan menyatakan alamat tempat amalan utama dan semua tempat amalan lain pengamal berdaftar. [ss.22(4)]
TATATERTIB DAN ADUAN
- Saya menggaji seorang pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu yang tidak berdaftar di bawah Akta 774, adakah menjadi satu kesalahan? Seseorang yang menggaji pengamal tanpa pendaftaran dan perakuan amalan boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman seperti mana subseksyen 36(1).
- Bolehkah tindakan tatatertib diambil ke atas saya di bawah Akta 774 memandangkan proses pendaftaran pengamal masih belum dapat dilakukan lagi? Tindakan tatatertib hanya boleh dikenakan ke atas Pengamal Berdaftar sahaja.
- Saya sudah mendaftar sebagai pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu tetapi tidak memohon sijil perakuan amalan, bolehkah saya menjalankan amalan? Seorang pengamal berdaftar tidak boleh menjalankan amalan tanpa memiliki sijil amalan yang mengandungi tempoh dan tempat amalan yang sah. Seseorang yang mengamal tanpa perakuan amalan termasuk pengamal berdaftar boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya [subseksyen 22 (7)].
- Saya memiliki sijil perakuan amalan yang sah. Adakah saya diwajibkan mengambil polisi indemniti di bawah Akta 774?Seorang pengamal berdaftar yang mempunyai sijil amalan yang sah tidak diwajibkan untuk mengambil indemniti profesional di bawah akta ini. Walau bagaimanapun, pengamal berdaftar adalah digalakkan untuk mengambil indemniti profesional.
- Saya mendapat maklumat terdapat individu yang mengamal tanpa mempunyai sijil pendaftaran dan tiada sijil amalan yang sah. Di manakah aduan tersebut boleh disalurkan? Aduan secara bertulis boleh dikemukakan kepada Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia melalui emel mahpc@moh.gov.my.
Kemaskini oleh Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia pada: 17 Mac 2021