JEMPUTAN KE EXTRAORDINARY GENERAL MEETING (EGM) PERSATUAN TERAPI CARA KERJA MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa Persatuan Terapi Cara kerja Malaysia akan mengadakan satu Extraordinary General Meeting (EGM) seperti yang telah dicadangkan dan dipersetujui oleh ahli-ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-45 yang telah diadakan pada 30 June 2022. Butiran dan maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:
Tarikh : 10 September 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00am – 11.00am
Tempat : Virtual (link akan diberi kemudian)
Agenda: : Perbentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahun 2021
Sehubungan itu, kami ingin menjemput semua ahli Persatuan Terapi Cara Kerja Malaysia untuk menghadiri mesyuarat ini demi untuk menyelesaikan laporan persatuan untuk tahun 2021. Kesudian pihak Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat ini amatlah dihargai dalam memajukan profesion Terapi Cara Kerja di Malaysia.
Maklumbalas kehadiran mesyuarat boleh dibuat melalui pautan google form https://forms.gle/XPh955oChLQyRqwN8 .
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Setiausaha Agung melalui email secretary@ot-malaysia.my.
Segala kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat dihargai.
Pautan surat jemputan mesyuarat: BIL 67.300 Notis Jemputan EGM 2022