DRAF GARIS PANDUAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN BERSEKUTU SWASTA STANDALONE
Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan satu Garis Panduan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Bersekutu Swasta Standalone sebagai panduan kepada pihak yang ingin menyediakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan bersekutu swasta yang berdiri sendiri (standalone).
Garis panduan ini bersifat dinamik di mana ia boleh dikemaskini dari semasa ke semasa selari dengan pertambahan jenis perkhidmatan yang boleh dikategorikan di bawah perkhidmatan kesihatan bersekutu. Garis panduan ini tidak terpakai untuk kesihatan bersekutu di hospital swasta dan kemudahan jagaan kesihatan lain yang telah dikawal selia oleh Akta 586.
Sebagai permulaan, garis panduan akan berfungsi sebagai panduan dan pembelajaran dalam memberi kesedaran, pendidikan dan advokasi kepada penyedia kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan bersekutu swasta standalone. Pada masa akan datang, ia boleh dijadikan panduan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengeluarkan lesen perniagaan. Adalah diharapkan garis panduan ini dapat dioptimumkan sebaik mungkin agar penyampaian perkhidmatan yang diberi adalah berkesan, selamat dan berkualiti kepada rakyat.
Untuk membaca draf Garis Panduan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Bersekutu Swasta Standalone. Muat turun di sini: Draf Garis Panduan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Bersekutu Swasta Standalone
Link maklumbalas: https://forms.gle/ZhYY72ru1mH1eUbKA