Skip links

Official Meeting with DG-MOH

Perjumpaan rasmi pada 27 November 2020 bagi kunjungan hormat Occupational Therapy Primary Care, KKM ke Pejabat Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah telah berlangsung dengan baik sekali. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengembangkan profesion Terapi Carakerja melalui skop Kesihatan Minda terutamanya dalam kalangan petugas kesihatan yang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19. Peranan Terapi Carakerja dalam memastikan kefungsian keberdikarian melalui aspek penjagaan diri, kebolehan melaksanan tugasan harian, mengatur masa bekerja, menetapkan waktu rehat dan tidur yang cukup serta penglibatan sosial ditempat kerja merupakan tunggak utama peranan yang dimainkan.
Selain itu, kunjungan ini turut meraikan #worldOTday2020 yang disambut pada 27 Oktober 2020 yang lalu. Sambutan yang serba ringkas namun bermakna ini diselitkan dengan sedikit cenderahati daripada OT Kesihatan Primer kepada YBhg Tan Sri KPK. Antara kandungannya adalah set aromaterapi yang diberikan sebagai salah satu medium pengurusan kesihatan minda yang baik, bookmark sleep scale untuk memastikan kualiti tidur dapat dijaga dan seterusnya kalender 2021 yang penuh dengan aktiviti aktiviti warga OT Kesihatan Primer.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh En Thilai Nathan selaku Ketua Penyelaras Pemulihan Carakerja Kesihatan Primer, BPKK KKM. Pengerusi penggerak kepada kunjungan ini adalah Pn Harnisha Haidir, Ketua Penyelaras Pemulihan Carakerja Kesihatan Primer Negeri Sembilan dan turut bersama YM Tengku Mohd Asri Tengku Makhtar, Ketua Penyelaras Pemulihan Carakerja Kesihatan Primer WP KL dan Putrajaya merangkap Timbalan Presiden Persatuan Terapi Carakerja Malaysia. Ahli lain yang turut sama sebagai nadi penggerak adalah En Mohammad Luqman (Penyelaras Perkhidmatam Pemulihan Carakerja Kesihatan Primer Negeri Kelantan), En Mohd Shahril (Penyelaras Perkhidmatan Pemulihan Carakerja Negeri Pahang) dan En Shafiee Desa (OT KK Jaya Gading Kuantan).
Terus berusaha untuk memartabatkan profesion Pemulihan Carakerja ke arah kecemerlangan.
Picture: Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah (Director General of Ministry of Health), YM Tengku Mohd Asri Tengku Makhtar (Vice President of OT Malaysia).

Leave a comment